Print
Full screen
Share

WaBot Versi Chrome RDP

Sistem alternatif ini insyaAllah lebih stabil sebab ia menggunakan WhatsApp Web + Remote Desktop.
Cara untuk akses sistem WaBot Beta 2022:
1. Tekan icon “Windows” di keyboard komputer, dan taip “Remote Desktop”. Kalau menggunakan Mac, boleh install aplikasi "Microsoft Remote Desktop".
2. Masukkan IP Host anda.
3. Selepas itu, masukkan username dan password akaun anda.
4. Nanti anda akan nampak browser Chrome dengan WhatsApp Web. Connect ke WhatsApp Web tersebut seperti biasa.
5. Klik icon "WA Toolbox" di sebelah atas, kanan (rujuk gambar).
 

6. Untuk tempoh beta, masukkan license key 7F6B235A39928A5A964

Cara Setup AutoReply Dalam WA Toolbox

Untuk setup AutoReply, ikut langkah di bawah.
1. Pergi ke tetapan "Template"
Setiap autoreply, boleh hantar lebih dari 1 template sekaligus.
 

2. Create Template
  • Masukkan nama untuk template tersebut
  • Pilih jenis template (format mesej yang nak dihantar)
  • Ayat / mesej yang nak dihantar (boleh gunakan variable seperti nama customer - diambil dari profil WhatsApp)
  • Tekan butang "Save"
 

3. Pergi ke tetapan "Replies" dan klik "Add New"
 

4. Create "AutoReply"
  • Masukkan nama untuk setting AutoReply tersebut
  • Pilih message template yang nak dihantar (boleh lebih dari 1)
  • Masukkan keyword yang anda nak sistem autoreply (boleh lebih dari 1 keyword)
  • Tekan butang "Save"
 

Anda boleh pilih tetapan yang anda nak, ikut keperluan (fungsi "label chat" hanya untuk pengguna WhatsApp Business)